Monday, 16 November 2015

Random Post



Bismillahirrahmanirrahim... (tarik nafas, hembus... fuhhh)
Assalamualaikum. Hai. Err. Feeling kekok sekejap sebab dah lama tak menaip belog. Harap memahami.

Okay, firstly nak decide tentang penggunaan kata ganti nama diri untuk blog ni. Tak sure nak guna 'aku' or guna nama panggilan. Nak guna 'aku' tapi rasa macam kasar pula (menurut pendapat diri sendiri la). Hmm. Sebelum ni guna 'I' je sebab taip dalam bahasa inggeris. Sekarang ni tetiba timbul kesedaran pulak nak guna bahasa melayu. Almaklumlah, kalau bukan orang melayu sendiri yang memartabatkan bahasa melayu, siapa lagi kan. (ayat bajet... haha) Tapi tak la 100% BM. Still ada BI dia juga. Dan BM tu bukan based on DBP semata-mata. Ada la slang2, bahasa pasar and manglish dia. Hehe.

Okay, Balik kepada perbincangan asal. Rasanya, penggunaan aku akan digunakan. Jadi aku ingin meminta maaf terlebih dahulu andai bahasa ni kedengaran kasar. Well, aku ni pun bukan lembut mana. Kalau belum kenal, mungkin orang tengok macam perempuan melayu terakhir (blueekkk!!! muntah hijau). Hahahaha. Tapi bila dah kenal and rapat, aku ni agak kasar jugak. Ni pun kawan-kawan aku yang kata. Aku tak rasa aku ni kasar pun. Setakat tolak-tolak sikit-sikit tu pun diorang dah kata aku ganas. Maybe, diorang tak expect kot aku macam tu. Hoho.

Tapi jujur aku kata, aku ni bukan jenis yang 'gedik' and tak reti pun. I mean, bukan jenis yang, you know how some girls sometimes they say, "sayang korang...", aku tak boleh dowh. Perkataan sayang, cinta, rindu tu semua memang aku tak boleh nak luahkan whether through words or speech. I just can't.
It feels weird. And then when  sometimes kawan aku saja-saja nak meng'gedik' dengan aku, honestly aku tak tahu nak respon macam mana. Ermm, rasanya 'gedik' bukan perkataan yang sesuai. Maybe macam manja-manja, or buat-buat comel. Hehe. Apa-apa je lah. Haha.

Tu je kot nak khabar. Kali ni just random post je since aku baru nak mula balik blogging ni setelah setahun lebih tinggal. Hmm. okaylah. Aku akhiri post ini dengan wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ^^

Sunday, 29 June 2014

Happy Ramadhan Kareem

Assalamualaikum.
Selamat menyambut bulan Ramadhan.

*photo credited to the owner