Showing posts with label quote. Show all posts
Showing posts with label quote. Show all posts

Tuesday, 5 February 2013

Mutiara Kata #3




Persahabatan tak menarik kalau hati tak tertarik…
Persahabatan tak terbayang kalau hati tak sayang…
Persahabatan tak syahdu kalau hati tak rindu…
Persahabatan takde ‘class’ kalau hati tak ikhlas…

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

Apabila sempurna akal, kurang perkataan.

Sayangi detik pertemuan kerana di situ terletaknya kemesraan…
Kenangi detik perpisahan kerana di situ terciptanya kerinduan…

Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.

Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
Berjumpa dirimu ibarat satu mimpi yang indah…
Kehilanganmu ibarat mimpi yang terburuk…
Jadi, sama-samalah kita pelihara persahabatan ini…

Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.

Persahabatan ibarat satu janji yang dibuat dalam hati…
Tak dapat ditulis, tak dapat dibaca, namun tak akan terpisah kerana jarak…

Sekali wanita tergoda, gugurlah sekuntum wardah di syurga…
Tapi sekali wanita ternoda, berdekah-dekahlah syaitan di neraka…

Ingatlah…
Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.

Agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh.

Yang tertulis di hati adalah namamu…
Yang terlukis di mata adalah senyumanmu…
Yang bergema tiap-tiap waktu, suaramu yang tak pernah hilang rindu padamu…
Yang kekal di ingatan hanya dirimu…

Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.

Ku tulis namamu di langit, hilang ditiup angin…
Ku tulis namamu di atas pasir, hilang dipukul ombak… tapi
Ku tulis namamu di hatiku, ia kekal untuk selamanya…

Feeling sad? Call me…
Feeling lonely? SMS me…
Feeling bored? Think of me…
Feeling sleepy? Dream of me…
Feeling hungry? Boil some mee…

Friends are like money, easier made than kept.

A friend is like a seatbelt, you may not always need them, but they will be there just in case.

Cinta tak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi… tapi
Ia mengajar kita menerima sesuatu seadanya…

KASIH, SAYANG dan CINTA adalah tiga perkara berbeza. Ketiga-tiganya akan menjadi lebih bermakna apabila disatukan.

Kebahagiaan terletak pada kemenangan melawan hawa nafsu dari kehendaknya yang berlebihan.



credit to: anyonewhocreatethosequotes

Monday, 4 February 2013

Doa Buat Sahabat




Ya Allah…
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya daripada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat.

Ya Muhaimin…
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu … Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada-Mu. Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. 

Ya Allah…
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke jalan-Mu… jika Kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi, dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah…
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku di dunia dan di akhirat kelak… insya-Allah.


credit to: komikislamik-kembaraustaz jilid2

Friday, 25 January 2013

Madah Pujangga Tajam Menikam #2




10 SENARAI SEMAK SEBELUM KELUAR RUMAH
oleh: Ahmad Fedtri Yahya (Selebriti MHI/TV3)

1- Tak ada anggota badan yang terdedah. Nanti lalat hurung.
2- Pakaian bersih. Senang nak solat nanti. Sudah muak dengan alasan 'pakaian tak bersih'.
3- Doa banyak-banyak. Jangan keluar macam ayam keluar reban sahaja.
4- Bermanis wajah. Jangan mencuka. Senyum itu sedekah.
5- Peralatan elektrik dipadamkan jika tiada orang di rumah. Jangan membazir. Membazir itu amalan syaitan.
6- Jelas arah tujuan. Jangan keluar dengan niat merayau.
7- Jika niat melakukan maksiat, baik tahan diri jangan keluar.
8- Kuatkan semangat untuk tahan pandangan. Mata jangan liar. Mata liar, hati tercemar.
9- Ada wang secukupnya. Jangan merempat dan mengemis di tengah jalan.
10- Minta izin daripada yang sepatutnya. Jangan keluar tanpa izin. Takut yang tak diingini terjadi. Lebih baik keluar dengan restu dan doa daripada insan yang disayangi.


credit:komikislamik-kembaraustaz(jilid2)

Madah Pujangga Tajam Menikam #1




5 PERKARA YANG DIBANGGAKAN TETAPI... ADUHAI LUCUNYA MANUSIA
oleh: Ahmad Fedtri Yahya (Selebriti MHI/TV3)

1- Berbangga dengan solekan yang tebal berinci-inci sepanjang hari...
Lalu wudhuknya bagaimana?
2- Berbangga dengan kekasih yang diusung ke sana ke mari...
Lalu bila nak menikahnya?
3- Berbangga dengan kereta mewah yang mahal...
Lalu bila nak dibawa ke masjid?
4- Berbangga dengan isteri yang cantik lagi seksi...
Lalu bila mahu menutup auratnya?
5- Berbangga dengan simpanan menimbun di pelbagai bank...
Lalu mana infaq dan sedekahnya?


credit: komik islamik-kembara ustaz (jilid 2)

Monday, 21 January 2013

Mutiara Kata #2



Awak adalah element penting dalam hidup saya yang membentuk compound-compound kebahagiaan dan keceriaan dan menghasilkan atom-atom persahabatan yang abadi...
Tidak cerialah hidup jika tiada ion positif dan negatif yang menjadi rencah kehidupan...
Kadang-kadang kita tidak sependapat atau mungkin bergaduh...
Tapi ingatlah, tanpa awak matter dalam kehidupan saya mungkin hambar seperti hening pagi...

Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati...
Dan senyuman itu tidak menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit...

Buat teman...
Tak terasa bila dia pergi, tapi sayu bila dia tak kembali...
Mencarinya dengan hati suci lebih indah, daripada memiliki tapi tak menghargai...
Dia datang tanpa seruan, dia pergi tanpa alasan...
Kejarlah dia sebelum hilang dari pandangan, kerana hadirnya anugerah yang tiada bandingan...
Syukran Ya Allah for the gift of "UKHUWAH"...

Walau MOMENTUM HIDROGEN pecah sekalipun, walau sejitu mana ikatan H2O, setiaku padamu sebagai sahabat tiada SISIHAN RELATIF...
Bersifat kenyal bak ikatan KOVALEN...
Walau terdapat AGEN PENURUNAN, tiada berlakunya PROSES PENGOKSIDAAN...
Tiada yang dapat memisahkan kita ibarat ikatan ZARAH dalam PEPEJAL...
Tiada perpisahan walau dikenakan HABA...
Malah yang berlaku hanyalah GETARAN, yang menguatkan ikatan kita untuk selamanya...

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku...
Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku, dan menjaga nama baikku ketika aku hidup selepas mati...
Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang...
Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri...
Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tidak luntur dalam suka atau duka...
Jika aku dapat, aku ingin setia padanya...


credit to: all my friends

Saturday, 19 January 2013

Mutiara Kata #1




"Bajailah hatimu dengan kerinduan pada Allah, sirami usiamu dengan semangat juang yang penuh berani, Pahatkan di dadamu matlamat mencapai kejayaan Islam, cinta-Nya pasti hadir."

"Hargai apabila berdua, sayangi apabila bersama, maafkan apabila terluka, rindu apabila jauh di sana, fahami apabila berprasangka, ingat saban ketika, kerana Allah kasih tercipta."

"Semalam kita jadi kawan kerana kenangan silam.
Hari ini kita masih berkawan kerana janji semalam.
Esok kita terus berkawan kerana hari ini kita saling mendoakan.
Hari-hari kemudian kita terus berkawan kerana esok kita ada azam.
Andai esok tiada lagi, kita tetap kawan...kawan selamanya dalam kenangan."

"Hati itu umpama kaca, jangan biar ia retak. Akal itu umpama air, jangan biar ia kering. Iman itu umpama debu, jangan biar ia hilang. Persahabatan itu umpama tali, jangan biar ia putus."

"Kadang-kadang kita tak sedar, orang yang kita tak peduli sayang pada kita.
Kadang-kadang kita tak sedar, kita terlampau sayang pada seseorang sedangkan dia selalu sakitkan hati kita.
Dan kita tak pernah sedar, kita bukannya sempurna untuk mendapatkan seseorang yang sangat sempurna dalam hidup kita.
Dan kita bukan sesiapa untuk membuat orang menyayangi kita seperti kita sayang padanya. Sebab kita cuma manusia biasa."


credit to: all my friends ^^