Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Monday, 8 April 2013

Cinta Perisa Dia - Lynn Dayana


credit:mrgoogle

Cinta itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh. Dibuang pasti sakit. Bagi Hadif Imran, cinta boleh ditangguh sehingga satu detik yang pasti. Dia sudah dewasa, biar dia yang menentukannya. Perisa vanilla, coklat atau strawberi… itu haknya.

Bagi bonda, dia mahu menantu. Bonda impikan cinta berperisa iman, bersalut takwa dan dihiasi kasih sayang untuk anaknya. Hadif jadi risau bila bonda sudah naik angin! Bagaimana kalau yang dipilih bonda berwajah ratu, berlesung pipit, tetapi sengau? Atau pandai mengaji, mahir memasak, tetapi rongak giginya? Hadif buntu, bonda naik hantu! Cinta berperisa apa agaknya di akhir cerita?

Rancangan Mencari Menantu bonda rancangkan bersama TV9. Hadif resah dan kecut perut melihat calon menantu bonda. Ada yang terlebih manja, ada yang garang menggoda, dan ada yang bahaya untuk dimiliki! Ketar di kaki dilindungi dengan senyuman. Bonda merencana, Hadif susun strategi. Namun kalau sudah cinta… jodoh datang juga tanpa dipaksa.



p/s: my novel list here.

Monday, 11 March 2013

Bila Cinta - Suria Fatin


credit:mrgoogle

Fatin;
Hidup cukup indah kalau kita bijak menghias pandangan kita. Ahli sihir? Huh, mamat tu? Entah la. Cinta??? Hmm… aku pernah dengar la orang kata, kalau kita suka dekat seseorang tu… luahkan! Kalau tidak… kita mungkin akan terlepas. Tapikan, macam mana kalau kena tolak? Tolong la… walaupun tak pernah kena, tapi dengar pun dah cukup menyeramkan! Atas sebab tu aku rasa cukup gembira menerima kata cinta Azlan.
“Wahai ahli sihir duni kegelapan! Cintakah aku pada kau? Kalau betul, bila?”

Hafez Azfar;
Bukan cinta tak pernah memahat. Malah serik pernah terpaku. Tapi kenapa la dengan budak seorang ni kata cinta seperti hilang sebutan? Dia yang tak ubah seperti kafein! Tapi tu la… macam aku pernah cakap, mungkin masa bertingkah dan takdir di tempat lain. Maafkan Hafez, Azlan… Fatin, kalau benar aku menjadi penghalang.
“Aku telah jatuh cinta padamu, Fatin. Tapi tolong jangan tanya sejak bila. Aku sendiri tak pasti.”

Haikal Azlan;
Perempuan? Cinta? Aku langsung tak dapat terima definisi yang mereka semua bagi. Maaf mungkin aku sukar untuk terima. Tapi cukup la perit jalan yang aku tempuh semua sebab dia. Dia yang sepatutnya melindung bukan melepaskan. Tapi aku dah jumpa seseorang yang secara tidak sedar mengalih persepsi aku. Fatin, terima kasih. Tapi mungkin ke aku yang terlewat atau semuanya memang langsung tak bermula?
“Bila semua ni akan tamat? Ataupun semua ni adalah satu tanda cinta baru bermula?”


p/s: my novel list here.

Akulah Cinderella - Nozi Danisya


credit:mrgoogle

Nur Aisyah yang biasa dipanggil Syah adalah seorang gadis manis yang cekal menggalas tugas kedua orang tuanya yang telah pergi buat selama-lamanya. Seorang yang tegas, bertanggungjawab dan sangat melindungi lima orang adik-adiknya. Ketiadaan ibu dan ayah memaksa dia membulat tekad berhenti sekolah untuk bekerja dan menukar imej menjadi seorang tomboi demi tidak menjadi mangsa buli lagi.

Takdir telah menentukan Syah bertemu dengan Shafiq, seorang lelaki yang panas baran dan bermulut celupar yang dilabel sebagai musuh utamanya. Bencinya terhadap lelaki itu melangit tinggi sehingga dia telah mengisytiharkan perang terhadap lelaki itu. Pertengkaran demi pertengkaran tercetus di antara Syah dan Shafiq dek kerana ego masing-masing.
“Oi mangkuk ayun! Kau ni apa hal? Nak cari gaduh ke?”
"Oi pendek! Kalau aku gaduh dengan kau pun tak seronok tahu? Lembik!”
Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Syafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaiman reaksi Shafiq?
“Apa ni? Nak cari gaduh ke?”
“Apa dia? Aku buat apa?”
“Kau luku kepala aku tu kenapa?”
Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin terhadap Shafiq? ‘Akulah Cinderella’ ada jawapannya.




p/s: tiap kali baca novel ni, mesti teringatkan kenangan dengan NA. my novel list here.

Sunday, 10 March 2013

Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah


credit:mrgoogle
“Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya.”
“Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah jadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling.”
Andai itu takdir-Nya, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.
“Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."



p/s: novel paling sedih yang Ad pernah baca. ='(. my novel list here.

Kembali Padamu - Zulfati Hanis


credit:mrgoogle

Bukan kehendak Nora Adline menerima Hadzwan hadir dalam hidupnya. Tapi kerana kasih pada papa membuatkan Nora Adline terpaksa. Namun kehadiran Hadzwan tidak mampu diterima oleh hati Nora Adline ketika itu. Malah kematian papa lebih membuatkan mereka terpisah jauh. Namun ketentuan takdir siapa yang tahu. Jika itulah jodoh kita, mana mungkin kita menolaknya. Itulah yang terjadi pada Nora Adline. Setelah berpisah selama beberapa tahun, cinta mulai berputik di hati Nora Adline buat Hadzwan yang masih setia dengan cintanya. Tapi kemunculan Rifqy, Khairul Nizam, Azrie tidak lupa juga Qistina dan Aida Nadiah mengeruhkan kembali cinta yang mula berputik di hati Nora Adline dan Hadzwan. Kekangan daripada keluarga Hadzwan turut membuatkan hati dan perasaan Nora Adline terluka. Mampukah Nora Adline dan Hadzwan mengharungi semua dugaan dan rintangan itu demi menggapai sebuah cinta?
“You tell me, Wan. I sendiri tak tahu. Kita kahwin pun kerana arwah papa. Secara jujur I masih tak dapat terima you dalam hidup I.” – Nora Adline.
“Kau orang ni memang gilalah. Mana ada orang kahwin macam kau orang ni. Nama aje dah kahwin, tapi seorang kat hulu, seorang kat hilir. Apa erti perkahwinan bagi kau orang berdua ni? Aku tak tahulah.” – Kamil.
“It’s not that easy, Nora. I benar-benar cintakan you. Malah I mencintai you sejak kita masih study di London lagi. I ingat bila jumpa you semula, I dapat memiliki sekeping hati you. Tapi akhirnya I kembali kecewa.” – Rifqy.
“Kenapa mesti kita diuji begini, sayang? Kenapa amat sukar untuk kita hidup bersama? Abang amat mencintai sayang.” – Hadzwan.


p/s: "Nora Adline", sedapkan nama tu. Tapi lagi sedap kalau "a" yang lepas "r" menggantikan tempat "e". Hehe. My novel list here.

Thursday, 7 March 2013

Betulkah - Amanda Aniqah


credit:mrgoogle

Kahwin susah, tak kahwin pun susah. Dilemanya. Tak nak kahwin sebab rasa hati masih belum mahu kahwin. Tapi orang sekelilling dah sibuk tanya siapa pasangan. Bengangnya dunia seorang wanita bila dah cukup umur. Betulkah sekarang masanya yang sesuai untuk berkahwin? Betulkah sudah muncul calon yang telah dipasangkan sejak Luh Mahfuz? Betulkah pemilik tulang rusuk sudah menjelma? Cinta sangat kompleks. Bukan sesenang kira 1, 2 & 3. Atau macam kita selesaikan masalah matematik head capacity (Q=mc) masa sekolah menengah dulu. Cinta memang sukar dijangka. Maka sampai sekarang berat nak terima cinta. Tapi bila si dia berkata I love U, terus lari sebatu jauhnya. Bolehkah terima cinta dari seorang teman?
“Women are like internet virus. First, they enter your life, scan your pockets, transfer money, edit your mind, download their problems, delete your smile and hang your life.”                        – Nur Mawarni.
“You know you have me. Itulah gunanya kawan. Saling bantu-membantu. Saudara, kita akan peroleh begitu sahaja. Tapi kawan, kita sendiri yang kena cari.”                                               – Farhan.
“Tuhan bagi anggota kita secara berpasangan. Kenapa Tuhan kurniakan sekeping hati untuk kita? Kerana Tuhan memberi sekeping hati lagi kepada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah cinta.”                                                                                                                                     – Anuar.
“Hai, tak puas lagikah cipta tension island ni? Baru kena pinang, belum ajak terjun Effiel Tower, tapi dah macam burung tak jumpa sarang yang sesuai.”                                                            – Melati.
“Aku tak layak untuk sesiapa.”                                                                                               – Nurul Suhailah.


 p/s: my novel list here.

Mak Datin Isteri Cikgu - Dannie Sofea


credit:mrgoogle

Ayra, seorang gadis yang ceria mula berubah sikap dengan kehadiran SMS daripada seseorang yang tidak dikenali. SMS yang diterimanya itu jelas menunjukkan bahawa si pengirim itu mengetahui kisah silamnya yang cuba dilenyapkan dari kotak ingatan. Dia bukan pembunuh! Itu hanyalah satu kemalangan! Dia tidak akan membiarkan lelaki itu berlumuran darah dan menanggung kesakitan jika lelaki itu tidak melayannya bak seorang tawanan. Segalanya sudah terlambat. Jalan penyelesaiannya adalah dengan melarikan diri dan cuba membina hidup baru di perantauan. Kehadiran seorang lelaki seiras wajah insan yang paling dibencinya suatu ketika dulu mengeruhkan lagi keadaan. Sudikah Ayra menerima Shahrin Adiy kembali setelah segala kekusutan dileraikan? Sanggupkah dia melukakan hati Nadira, teman yang telah banyak membantunya?
“Aku tak kisahlah kau kenal aku ke tak. Yang penting aku dah jumpa kau. Dan aku tak akan lepaskan kau kali ni. Dan kau jangan harap dapat lepaskan diri dari aku kali ni!” – Shahin Adiy.
“Bila dah jumpa lelaki yang memenuhi citarasanya, dia terus berusaha mendapatkannya walaupun terpaksa melukakan hati kawan baik sendiri.” – Nadira.
“Aku dan Adiy jumpa semula kerana Dira. Aku ingatkan Adiy dah lupakan aku. Jadi aku diam saja, buat-buat tak kenal dia. Aku memang tak harapkan apa-apa. Aku sendiri sudah memulakan hidup baru sebaik sahaja aku melangkah kaki ke semenanjung.” – Ayra.


p/s: my novel list here.

Wednesday, 6 March 2013

Influenza Cinta - Levis Delisya


credit:mrgoogle

Tragedi yang meragut seluruh ahli keluarganya meninggalkan Yasmin sebagai pewaris tunggal Hotel Eden Garden. Lalu bermulalah episode kembara mencari suami di mana Yasmin perlu memilih calon paling layak sebagai peneraju hati dan hotelnya. Kebetulan, calon terakhir iaitu Ezad Hakimi merupakan cinta pertama Yasmin. Namun, bagi Ezad Hakimi, Yasmin sekadar bayangan silam yang ingin disingkir ke tepi. Sementara kisah Ezad Hakimi dan Yasmin penuh dengan sengketa dan misi dendam yang belum terlaksana, Zul Khuzaimey hadir dengan perisa cinta yang manis bergula. Siapa yang harus Yasmin pilih? Ezad Hakimi yang tawar tak berperisa atau Zul Khuzaimey yang pernah menyandang gelaran Mr. Kasanova?
“Biarpun saya marah, saya caci, maki dan pukul awak, awak tak boleh tinggalkan saya!” – Yasmin.
“Apa bezanya aku pilih untuk terus menderita kalau memang ditakdirkan aku takkan bahagia?” – Ezad Hakimi.
“Lekaslah buka matamu dan lihat siapa sebenarnya yang mencintai kau, Min.” –  Zul Khuzaimey.



p/s: my novel list here.

Tuesday, 5 March 2013

Sayangku Casper - Mazni Aznita



credit:mrgoogle

Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kakak tirinya. Demi amanat si ‘granny’, Tengku Rafique, seorang anak muda sampai Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelie de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat ‘daddy’nya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adila mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adila yang penuh dengan kejutan, kebahagiaan dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin.
“Zaman moden macam ni pakai prepaid lagi ke? Miskin betul! Tinggal seringgit pulak tu. Nak buat calling macam mana ni?” – Tengku Rafique.
‘Tia Adila terpanar. Panas hatinya mendengar kata-kata lelaki itu. Ingat aku ni sengkek sangat ke? Tolong sikit ya! Kalau semua penculik-penculik di Kuala Lumpur kenal siapa ayah aku, berderet-deret mereka semua nak menculik aku untuk menuntut tebusan. Masa tu baru kau tahu.’ – Tia Adila.
“Jangan-jangan awak sengaja, kan? Campur yang ini dah tiga kali awak jatuh atas saya. Saya ni lelaki, bukannya malaikat. Kalau lagi sekali awak buat macam ni, saya rasa saya kena kahwin dengan awak. – Tengku Rafique.

p/s: my novel list here.

Tuesday, 19 February 2013

Bukan Serapuh Daun Maple - Fatinilam Sari


credit:mrgoogle

Tanpa cinta, hanya rasa sayang yang sekelumit itu, dia berpegang pada janji pertunangan dengan Andrian. Lalu Tasneem menerima lagi janji daripada Mak Uda, untuk mencari Andrian di Bridgeport, Connecticut, Amerika Syarikat. Namun di sini jua, Christian tercari-cari diri sendiri dan penciptanya. Kehadiran Tasneem bagaikan membawa cahaya indah yang dicarinya. Sejenak mereka bahagia, namun dugaan datang menghancurkan segalanya. Tasneem setia menanti walau datang khabar daripada Siti Hajar, Christian pergi tidak akan kembali. Berkali-kali Tasneem mengingatkan dirinya bahawa cintanya pada Christian bukanlah serapuh daun maple. Dengan izin Tuhan, mereka pasti bertemu semula di suatu musim panas yang indah. Angan-angankah ini atau bakal menjadi kenyataan?
“Christian, segalanya sudah tinggal kenangan antara kita. Bersama gugurnya deraian salji ini, begitulah cinta kita yang berputik kala musim panas yang lalu sudah pun layu dan gugur ke bumi.” - Tasneem.
“Maafkan aku sayang… entah mengapa selama percintaan ini kita percaya pada impian masa hadapan. Tetapi sebenarnya hari ini pun tidak aku pasti ke manakah haluan perhubungan kita yang sudah terputus. Mungkinkah kita tidak akan bertemu lagi buat selama-lamanya?” - Christian Olson.
“Mana boleh mengukur nilai cinta dengan jarak waktu. Kadang-kala kita boleh jatuh cinta pada seseorang hanya dari pandangan pertama.” – Siti Hajar.
“Aku menginginkan kau selamanya di sampingku. Aku semakin yakin bahawa kau sentiasa menarikku ke arahmu bagai besi berani yang berlainan kutub.” - Andrian.

p/s: my novel list here.

Warkah Cinta



Salam readers. Hari ni Ad nak post tentang novel yang baru je selesai ditayangkan di tv alhijrah. Sebenarnya dah lama habis pun. Hehe. Bagi yang belum tengok tu, tengok kat sini. Ada kak Heliza. Comel^^.

Warkah Cinta Berbau Syurga 
Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan rakan serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?


Kala Cinta dan Wahyu Bersatu.
Mesir bukan noktah akhir pertemuan Amir dan Balqis. Amir Mukhlis pulang ke Malaysia bertarung antara hidup dan mati sedangkan Balqis menyangka lelaki itu sudah pergi menemui Ilahi.
Jalan hidup Balqis diwarnai dengan kehadiran Izzuddin yang kembali mengharapkan cinta. Amir Mukhlis bertemu Tasnim yang teguh membawa legasi cinta Wardah. Manakala Amelia terus mendambakan kasih Amir Mukhlis.
Balqis, mungkinkah cintanya yang terkunci dalam makhfi akan terbuka? Amelia, bisakah rindunya yang mendudu itu berlagu? Tasnim, mampukah dia memerdekakan cinta Wardah? Nun di sana, Amir Mukhlis bergelut menyatukan cinta dan wahyu agar menjelma jawapan untuk segalanya.



p/s: my novel list here.

credit:mrgoogleimage

Siri Laksamana Sunan - Ramlee Awang Murshid




Salam readers. Kenal ke siapa Laksamana Sunan tu? Siapa yang tak baca novelnya, memang tak tahu la kan. Laksamana Sunan adalah watak dalam novel yang ditulis oleh novelis thriller no.1 di Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid. Terdapat 6 novel semuanya dan Ad ada semua. Sila jelly ye. Hehe.

BAGAIKAN PUTERI
Haryani dan Laksamana Sunan… saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima logik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.
Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran yang membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.
Dani… pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.
Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!

CINTA SANG RATU
Akhir kurun ke-15: Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi, dia Berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksaman Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya. 
“Sebagai manusia aku sayang padamu.”
Awal abad ke-21: Bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewaktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak besar itu. Hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya. 
“Haryani, walau apapun yang berlaku, saya tetap mencintai dan menyayangi awak…”
Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada mulanya mereka benci. Dan, akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji?

HIJAB SANG PENCINTA
 Rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.
Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.
Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.
Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

CINTA SUFI 
Pilu hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’.
Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya Laksamana Sunan bukan lagi wirawan. Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.
Laksaman Sunan, Catalina dan Luna… bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta tiga segi yang terlafaz dan tersembunyi.

SUTERA BIDADARI
Saifudin- Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri Atas Angin untuk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yang telah banyak menyesatkan manusia.
Raja Roman- Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya… Sutera. Namun, dia masih berazam untuk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.
Makhluk Sumpahan- Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin ke alam tidak berdinding.
Saifullah- Pada abad ke-21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dari tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

SUNAN MUSAFIR
Allah menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.
Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.
Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?
Pada tahun 1531- Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?

p/s: Bagi sesiapa yang tak baca lagi tu, bacalah. Best!! Rugi kalau tak baca. Beli online di sini.



p/s: my novel list here.

Friday, 15 February 2013

Jujur Aku Setia - Eka Fahara


credit:mrgoogle

Pulangnya Rania dari London ke Malaysia hanya untuk merawat hati. Di rumah tok wan dan tok mama dia menumpang kasih. Dia mahu melupakan sejarah cinta yang tidak kesampaian. Namun, hidupnya jadi haru-biru apabila Hardy cuba merampas kasih sayangnya terhadap kedua-dua orang tua itu. Bertekak siang malam dan bermasam muka untuk menentukan siapa yang berhak menjaga mereka sudah menjadi mainan hidup.

Tanpa sedar, ada perasaan halus berputik di hati masing-masing. Bunga-bunga cinta mula berkembang. Apabila berjauhan, seorang merindu dan seorang lagi menanti kepulangan. Ah, itu Cuma mainan perasaan! Mana mungkin mereka jatuh cinta?

Makin cuba ditepis perasaan kasih, makin ia bercambah di jiwa. Hardy akur, dia juga pernah putus cinta. Untuk menambat hati Raniya bukannya mudah. Gadis itu jinak-jinak merpati. Luaran nampak lembut, tetapi dalaman sangat keras hati.

Kelu lidah Raniya untuk berbicara tatkala lelaki itu berani mengucapkan kata sayang kepadanya. Dia boleh terima ucapan keramat itu, tetapi siapa Fasya di hati Hardy?


p/s: my novel list here.

Juara Carta Cinta - Lynn Dayana


credit:mrgoogle

Ini kejiranan yang gila. Ada pokok yang disiram air panas. Sampai kiamat, pasti tidak subur! Ada karipap yang berintikan julap, maka penatlah berulang-alik ke bilik termenung. Maya tersepit umpama inti sandwich yang dihimpit rapat oleh roti panas.
“Mari raikan cinta!” – Haqiem
Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yang tidak faham makna tidak. Kata hati Maya, sejarah lama tidak akan berulang kembali. Kata hati Haqiem, sejarah mengajarnya untuk tidak melepaskan wanita idaman hati. Maka, remuklah jiwa Maya bila kerap diasak.
“Kembali sayangi aku” – Adnan
Jiran sebelah kanan pula membuatkan Maya pening. Besarnya bumi Malaysia, mengapa lelaki itu memilih untuk membeli rumah di situ juga? Sudah beristeri, mengapa masih mencuri pandang pada dia?
“Aku + Kamu = Cinta atas awan” – Haiqal
Kehadiran lelaki yang tidak diketahui namanya itu membuatkan Maya gila! Lelaki ini kaya dengan teori.

Dunia Maya kacau-bilau bak diserang garuda. Siapakah juara di dalam carta cintanya? Yang kanan? Yang kiri? Atau yang sering singgah di dalam hati?


p/s: my novel list here.

Hatiku di Harajuku - Ramlee Awang Murshid



Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; lahir di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Dia seorang yakuza yang digeruni. Malah, seorang samurai yang mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat pada permainan itu adalah maut.

Sabrina tertarik mendengar kisah cinta yakuza; Ryu-Watanabe dan Noriko. Ia bagaikan sebuah mitos yang tidak pernah terungkai. Tersimpan menjadi sebuah rahsia yang tidak pernah terbongkar. Terpengaruh dengan kisah itu, Sabrina bersetuju menerima pelawaan Murni untuk melancong ke Tokyo. Di Harajuku, mereka mencari Ryu-Watanabe.

Dan, bagaikan kebetulan…saat inilah Ryu-Watanabe muncul. Benih cinta tumbuh subur walaupun ia bukan pandang pertama. Noriko cemburu dan berdendam. Akhirnya, cinta tiga segi itu menjadi percintaan berdarah. Tou Aii atau pedang cinta menjadi saksi pertumpahan darah itu berlaku. Cinta tidak selalunya indah. Ia kadangkala berkalang noda.


p/s: my novel list here.
credit:mrgoogle

Ungu Karmila - Ramlee Awang Murshid


credit:mrgoogle

Atas nama cinta, mahligai impian itu dibina. Vila sunyi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.

Beberapa tahun berlalu, vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama.

Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi.

Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambing cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan.

Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali!


p/s: my novel list here.

Thursday, 14 February 2013

Cinta Pandang Ke-2 - Laila Kamilia


credit:mrgoogle 

“Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!”
ZAIRUL HASMAT memang meluat dengan AINNUR AZLEEN. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul ‘prince charming’ dan menjadi kegilaan sedangkan Ainnur ‘Si Ugly Betty’. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam.

Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah dia mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati, lalu nekad bertukar ke sekolah lain.

Setelah bertahun lamanya…

ZAIRUL- Pertama kali bertentang mata hatinya sudah terpikat. Kecantikan yang dimiliki gadis itu membuatkan jiwa lelakinya tidak keruan. Tetapi, layakkah seorang mat despatch bercinta dengan bos sendiri?

AINNUR- Parut lama kembali berdarah. Lelaki itu telah masuk perangkap cintanya. Ahah! Inilah masanya untuk membalas dendam lama.


p/s: my novel list here.

Masih Setia - Aisya Sofea

credit:mrgoogle

Miera- Gadis biasa yang hidup serba sederhana. Ada rupa, ada pelajaran, ada cita-cita. Dalam menjalani kehidupan seharian, teman lelaki tidak pernah terlintas di fikiran. Sehinggalah dia dipaksa memikirkannya atau dia tiada pilihan!

Rudi- Lelaki terpilih yang ingin digandingkan dengan Miera. Namun Miera tetap berkeras enggan berteman biarpun segunung harta dijanjikan untuknya.

Musibah melanda. Sekelip mata, percutian Miera di bumi asing bertukar menjadi tragedy. Namun, di sebalik peristiwa hitam yang berlaku, kehadiran Dr. Malik mengetuk pintu hatinya. Dalam kesibukan membantu mangsa bencana, dia mengamati lelaki itu dari jauh. Dalam kelelahan menjalani kehidupan seharian, dia mendekati tanpa sengaja. Jeling-menjeling, pandang-memandang. Jiwa terusik, hati bergelora hingga tanpa sedar, perasaan itu hadir tanpa diundang. Mengapa hatinya mudah tercuit dek lelaki itu?

Hatinya berbelah bahagi. Rudi yang mencintai, Dr. Malik yang diingini. Masakan dia boleh memiliki kedua-duanya. Justeru, mana satu pilihan terbaik untuknya?


p/s: my novel list here.

Tuesday, 22 January 2013

aA+bB - Hlovate




Mengisahkan Addin, seorang yang baru bergelar doktor yang terpaksa menerima Benz sebagai suami bagi memenuhi permintaan abang kembarnya yang sedang terlantar setelah kemalangan. Addin membenci Benz kerana kelancangan mulut lelaki itu merendah-rendahkan maruahnya suatu masa dahulu tapi Benz mendakwa itu untuk kebaikan dirinya supaya tidak dikacau mamat-mamat lain. Berbagai cara yang Addin lakukan untuk menjauhi Benz dan menyakitkan hati Benz tetapi kesemuanya menjadikan mereka lebih rapat dari rapat! Tanpa sedar perkahwinan menjadikan mereka insan yang matang dan bersedia untuk menerima 'orang baru' dalam hidup mereka.
“Cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati?” - Addin
Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.
Addin mengemukakan teorinya begini:
membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak

7 tahun kemudian...
Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya?
Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?
Cerita ‘cinta’ antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...
“Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband?” - Benz

-novel lain: [link]
-beli online: [link]
-credit to: [link]

Saturday, 19 January 2013

AD+IZ - Eury Athena



Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.

Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.

Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.

Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.

Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.

Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.
Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.

Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.

Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ.


p/s: Antara novel kegemaranku..<3.. dan yang penting, nickname sama..haha. Novel yang lain di sini.

[link]