Showing posts with label essay. Show all posts
Showing posts with label essay. Show all posts

Monday, 11 November 2013

Contoh Karangan Bahasa Arab dan Terjemahannya 3


Tempat-tempat kosong di bawah boleh diisi dengan salah satu daripada perkataan-perkataan ini. Setelah itu, ubahlah mengikut kesesuaian:
1- merokok / التدخين
2- dadah / المُخدِّرات
3- keruntuhan akhlak / انحِلال الخُلُق
4- lari dari rumah / الهروب من البيت
5- ponteng kelas dan sekolah / التَّغيُّبِ من الفصل أو المدرسة
6- derhaka kepada ibu bapa / عقوق الوالدين
7- tidak menghormati guru / عدم احترام المدرسين
8- melepak / التَّسَكُّعِ

مشكلة ........... أسبابها وكَيفيَّة علاجها

نعيش الآن في عصر التقدم والحضارة لأننا في رحاب تطلعات 2020. ونحن نبذل كل اهتمامنا وجهودنا نحو تحقيق هذا الهدف المنشود. ومع ذلك نواجه بعض العراقيل والمشقات منها مشكلة ____ التي تعطل كل الجهود المبذولة للوصول إلى هذا الهدف.

إنَّ ظاهرة ____ أسبابها كثيرة وعديدة منها قلة العلم، وقلة التربية الإسلامية، وقلة اهتمام الوالدين، وفشل المجتمع والحكومة قي القيام بدورهم وغير ذلك. وكل هذه الأسباب إن لم نعالجها ستؤدي إلى الضرر في الدولة والمجتمع.

السبب الأول للمشكلة ____ أن يكون الشخص قليل العلم، وقليل التربية الإسلامية، ولذلك، فعلى الآباء والأمهات أن يعطوا أبنائهم التربية الإسلامية الكافية. فالأب مسؤوليتة هي تربية اللأبناء منذ كانوا صغارا. فقد قال الرسول : كل مولود يولد على الفطرة. صدق رسول الله وكذلك على المدارس أن تقوم بدورها في تربية الطلبة تربية صحيحة.

السبب الثاني هو قلة الإهتمام من الوالدين. ولذلك، يجب على الوالدين أن يهتموا بأبنائهم، اليوم نحن نرى أنَّ كثيرا من الآباء مشغولون بأعمالهم في خارج البيت. ولا يقضون أوقاتا مع أبنائهم إلا القليل، وهذا بدوره يؤدي إلى الملل لدى الأبناء ويسبب مشكلة ____.

السبب الثالث هو دور المجتمع والحكومة في حلِّ هذه المشكلة، على الحكومة أن تضع القوانين المناسبة حتى يبتعد المجتمع عن مثل هذه المشكلة، وكذلك على المجتمع أن يقوم بدور كبير في نصيحتهم وتذكيرهم وهدايتهم نحو سبيل الرشاد.

وخلاصة القول، لمعالجة مشكلة ____ نحتاج إلى مشاركة جميع أفراد الشعب. وما دام الشعب لا يقوم بدوره، فإنَّنا لن نستطيع أن نعالج هذه المشكلة أبدًا.



MASALAH .......... PUNCA-PUNCANYA DAN CARA MENGATASINYA

Kita hidup sekarang ini di dalam zaman moden dan bertamadun kerana kita berada di ambang wawasan 2020. Kita mengusahakan seluruh tenaga ke arah merealisasikan objektif yang dicitakan ini. Namun begitu, kita menghadapi beberapa halangan dan kesukaran antaranya masalah _____ yang membantutkan segala usaha yang digembeling untuk mencapai kepadanya.

Sesungguhnya fenomena _____ puncanya adalah banyak dan pelbagai antaranya kurangnya ilmu, kurangnya pendidikan agama, kurangnya perhatian daripada ibu bapa serta kegagalan masyarakat dan kerajaan di dalam memainkan peranan mereka dan sebagainya. 

Punca pertama menyebabkan masalah _____ ini adalah kurang ilmu dan kurangnya didikan agama. Oleh itu, wajib bagi para ibu dan bapa untuk memberikan pendidikan agama yang mencukupi kepada anak-anak mereka. Tanggungjawab ibu dan bapa adalah untuk mendidik mereka sejak mereka masih kecil. Rasulullah bersabda "Setiap anak yang dilahirkan, dilahirkan dalam keadaan fitrah(suci/bersih daripada dosa).

Punca yang kedua adalah kurangnya perhatian daripada ibu dan bapa. Oleh yang demikian, kewajipan ibu dan bapa untuk mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Hari ini kita melihat kebanyakan ibu bapa sibuk dengan tugas mereka. Mereka langsung tidak mengambil masa untuk bersama dengan anak-anak mereka. Ini sekaligus membawa kepada perasaan jemu di hati anak-anak mereka lalu menyebabkan berlakunya masalah _____.

Punca yang ketiga adalah peranan masyarakat dan kerajaan di dalam membendung masalah ini. Kewajipan kerajaan adalah untuk menggubal undang-undang yang sesuai supaya masyarakat menjauhkan diri daripada masalah ini. Begitu jugalah masyarakat perlu memainkan peranan yang tidak sedikit di dalam mendidik mereka dan mengingatkan mereka menuju ke jalan yang gemilang.

Penutup bicara, untuk mengatasi masalah _____ kita memerlukan kepada penyertaan seluruh individu. Selagi mana bangsa ini tidak memahami tanggungjawab mereka, kita tak mungkin dapat menyelesaikan masalah ini selamanya.



Thursday, 14 February 2013

Contoh Karangan Bahasa Arab dan Terjemahannya 2 (Tanggungjawab Pemuda)




دور الشباب في عصر العولمة

من المعروف أن الشباب فئة مهمة في هذا العصر و قوام أساسي للدولة والبلاد. لكل شاب مسئوليته الخاصة في حياته. يجب على الشباب أن يرشدوا المرء الذي يقف حوله لترسيخ الايمان القوي والعقيدة السليمة في النفوس و أكتافهم أيضا تقدم الأمة وفي لا ينافي أحد أنهم رؤساء المستقبل

والجدير بالذكر على الشباب أن يسعوا الى رفع مستوى الدولة في جميع نواحي الحياة اجتماعية واقتصادية وتربية. وكذلك يجب عليهم تنظيم الأوقات وتنسيقها بشكل منظم, ويأخذون الاستفادة من اوقات الفراغ بأمور نافعه مثل مراجعة الدروس والقراءة الموسعة كما قال النبي(ص) "اغتنم خمسا قبل خمسا شبابك قبل هرمك....." وفي نفس الوقت عليهم الابتعاد عن مصاحبة قرناء السوء

ومن ناحية أخرى عليهم محاربة أمراض اجتماعية مثل السرقة وتعاطى المخدرات وغيرهما. وذلك أن يكون الشاب عالما ومتعالما في شتى المجالات ومتدينا في العمل, وعلى الشباب أيضا أن يحبوا الخيرات ويكرهوا السيئات في حياتهم اليومية

اضافة الى ذلك ينبغي للشباب أداء الواجبات والنوافل في الأمور الدينية خير الأداء مثل الصلوات الخمسة وتلاوة القرآن والصوم والصداقة وغيرها. على الشباب تثقيف العقول بطلب العلوم المختلفة بالجد والاجتهاد, منها العلوم الدنيوية مثل الرياضيات والتاريخ والعلوم الأخروية مثل العقيدة والفقه والأخلاق والشريعة والقرآن وما شابه ذلك

ويجدر على الشباب محافظة صحة الجسم والعقل والروح. وذلك بتناول الطيبات من المأكولات والمشروبات كما قال الله تعالى: يا أيها الناس كلوا ما في الأرض حلالا طيبا. وعلى الشباب أيضا ممارسة الرياضة البدنية والاهتمام بها من حين الى حين. وبجانب ذلك عليهم الاجتناب عن المضرات الصيحة والابتعاد عنها كالتدخين والخمر وهلم جرا

وأخيرا على الشباب الصالحين أن يصلحوا المجتمع لكي يكونوا أقوياء للدولة والبلاد ويلعبون دورا هاما في غصر العولمة



TANGGUNGJAWAB PEMUDA PADA ZAMAN GLOBALISASI

Sebagaimana yang diketahui pemuda merupakan kumpulan penting masa kini, sebagai tonggak utama bagi negara. Setiap pemuda mempunyai tanggungjawab yang tertentu dalam kehidupannya. Para pemuda wajib memberi tunjuk ajar kepada individu lain yang berada di sekitarnya bagi membentuk keimanan yang mantap dan aqidah yang sejahtera di dalam diri. Tidak dapat dinafikan merekalah bakal pemimpin pada masa akan datang. Hanya di bahu mereka umat akan maju.

                Patut diingat pemuda hendaklah berusaha untuk meningkatkan taraf negara dalam setiap bidang kehidupan sama ada dari segi kemasyarakatan, ekonomi dan pendidikan. Pemuda juga hendaklah mengagihkan masa dan mengisinya dengan cara yang sistematik. Mereka memenuhkan masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti mengulangkaji pelajaran, membaca sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. “rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu waktu muda sebelum tua…..” dan dalam masa yang sama mereka hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang buruk.

                Dari sudut lain pemuda hendaklah memerangi segala penyakit masyarakat seperti mencuri, penagihan dadah dan lain-lain. Begitu juga pemuda hendaklah menjadi seorang yang alim dan hendaklah belajar dalam pelbagai bidang. Pemuda juga hendaklah sentiasa berpegang teguh kepada agama di dalam melaksanakan segala tugas mereka. Mereka juga hendaklah sentiasa menyukai kebaikan dan membenci kejahatan dalam kehidupan seharian mereka.

                Di samping itu para pemuda hendaklah menunaikan segala perkara yang wajib dan sunat dalam bidang agama dengan cara yang sebaik-baiknya seperti solat lima waktu, membaca al-Qur’an, puasa, sedekah dan lain-lain. Para pemuda juga hendaklah membudayakan pemikiran mereka dengan menuntut pelbagai ilmu dengan bersungguh-sungguh di antara ilmu dunia seperti matematik, sejarah dan lain-lain. Di samping itu pemuda juga hendaklah mementingkan juga ilmu akhirat seperti akidah, fiqh, akhlak, syariah, al-Qur’an dan yang seumpama dengannya.

                Patut diingat pemuda hendaklah menjaga kesihatan tubuh badan, pemikiran dan spiritual. Juga menjaga pengambilan makanan dan minuman sepertimana firman Allah: “Wahai manusia makanlah apa yang ada di muka bumi ini makanan yang halal lagi baik. Di samping itu mereka hendaklah menjauhkan diri dari rokok, arak dan lain-lain.

                Kesimpulannya, para pemuda yang soleh akan mengislahkan masyarakat dan mereka menjadi tonggak terhadap negara dan mereka juga memainkan peranan penting dalam zaman globalisasi.


p/s: kalau tak boleh nak copy, highlight pastu tekan ctrl + c.


Contoh Karangan Bahasa Arab dan Terjemahannya 1 (Solat dan Kesannya)


.الصلاة وآثارها في حياة المسلم

لا شك ولا ريب أن الصلاة ركن من أركان الاسلام وهي تلعب دورا مهما في حياة المسلم. الصلاة عماد الدين, من أقامها فقد أقام الدين

وجدير بالذكر أن الصلاة رمز لعبودية العبد الى ربه. وهي وسيلة التقرب الى الله والمسلم الذي يقام الصلاة يضع وجهه الكريم على الأرض طاعة له. القلب الذي يطيع يدوم على طاعته يحي لا يموت ولا يغفل. والصلاة أيضا تزكي النفوس وتطهرها من الذنوب والمعاصي. قال الله تعالى: ان الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر

ومن المعلوم لدينا أن الصلاة تهذبنا على احترام الأوقات والقوانين والشروط المعينة. الصلوات الخمسة لها أوقات خاصة وعلى سبيل المثال صلاة الصبح, فوقتها من طلوع الفجر الى شروق الشمس, فلا تصح صلاة الصبح في وقت الظهر

واضافة الى هذا, أن الصلاة تربي المسلم الاهتمام على النظافة. النظافة من الايمان. ولها أيضا حكم وأسرار لا تعد ولا تحصى, وعلى سبيل المثال صلاة الجماعة. سينبت روح التعاون في نفوس المسلمين لكثرة مقابلتهم بينهم

وفي الحقيقة أن الصلاة تربي المسلم أن تغرس الصفات المحمودة في نفوسهم. ومن الصفات المحمودة الاخلاص والصبر وهلم جرا. والصلاة تربينا هذه الصفات

وحلاصة القول, لا نبالغ في القول اذا قلنا ان الصلاة تلعب دورا مهما في حياتنا وهي فريضة على كل مسلم 



SOLAT DAN KESANNYA DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

Tidak dapat dinafikan bahawa solat merupakan salah satu daripada rukun Islam. Ia memainkan peranan penting dalam kehidupan muslim. Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agamanya.

Patut dinyatakan bahawa solat adalah lambing penghambaan hamba terhadap Tuhannya. Ia juga adalah jalan kea rah mendekatkan diri kepada Allah. Orang Islam yang mendirikan solat akan meletakkan wajahnya yang mulia di atas bumi kerana mentaati-Nya. Hati yang sentiasa mentaati Allah dan mengingati-Nya akan sentiasa hidup, tidak mati dan tidak lupa. Ia juga membersihkan jiwa manusia dan menyucikannya daripada dosa dan maksiat. Allah berfirman maksudnya, “Sesungguhnya solat itu mencegah dari kejahatan dan kemungkaran”.

Kita sedia maklum bahawa solat mendidik kita agar menghormati masa, peraturan dan syarat-syarat tertentu. Solat lima waktu mempunyai masa-masa tertentu, sebagai contohnya solat subuh, waktunya dari terbit fajar hingga syuruq matahari, maka tidak sah solat subuh pada waktu zohor.

Di samping itu, solat mendidik orang Islam agar mengambil berat tentang kebersihan. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Solat juga mempunyai hikmat-hikmat dan rahsia-rahsia yang tidak terhitung dan tidak terkira, contohnya solat berjemaah. Semangat kerjasama akan tumbuh di dalam jiwa orang-orang Islam kerana kerap bertemu sesame mereka.

Sebenarnya, solat juga mendidik orang Islam agar menanam sifat-sifat mulia di dalam jiwa mereka. Di antara sifat-sifat terpuji adalah ikhlas, amanah dan sabar dan sebagainya. Ibadat solat mengajar kita semua sifat itu.

Kesimpulannya, tidak keterlaluan kalau kita katakan bahawa solat memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dan ia merupakan satu kewajipan ke atas setiap orang muslim.

p/s: maaf kalau tanda bacaannya tak berapa betul.
p/s: kalau tak boleh nak copy, highlight pastu tekan ctrl + c.