Showing posts with label doodle. Show all posts
Showing posts with label doodle. Show all posts

Saturday, 23 January 2016

Apabila Pelajar Perakaunan Mula Berseni






Assalamualaikum. (maaf penggunaan kata 'aku' bagi yang lebih tua)
Sebelum tu, cantik kan gambar atas ni. Kalau nak tau, akulah yang buat tu. Masuk bakul angkat sendiri pula. Hehe. Jangan tak tahu, graduan diploma perakaunan sorang ni ada jiwa seni juga tau. Ingat reti pegang kalkulator je. Hahaha. 

Sebenarnya hari ni nak cerita tentang doodle ni pun. Sebelum ni aku ingat doodle ni cuma lukisan-lukisan yang comel-comel tu je yang blogger suka bagi freebies. Tak tahu pula benda ni pun digelar doodle. Tapi aku pun tak sure sangatlah sebab tutorial kat youtube tu ada kata 'doodle'lah, 'mandala'lah, 'zentangle'lah. Aku pun confused mana satu. Yang aku try lukis tu pun aku tak sure nama dia apa. So, aku gelar doodle je. Simple.

Macam mana boleh terjebak dengan doodle ni?
Boleh dikatakan ianya bermula dari korea. Actually, aku peminat korea dan yang seangkatan dengannya. Tapi tak la die-hard fan pun. Just minat camtu-camtu je. Hehe. Okay. Diorang ada la kata tentang coloring book and how some of the idols isi masa lapang and release stress dengan mewarna or berseni. Bila tengok karya diorang tu aku terminat pula sebab aku memang minat pun tengok benda-benda seni ni. Since buku mewarna tu aku tak tahu nak beli kat mana and kalau beli pun buang duit je nanti, so aku pun start la search and download app mewarna tu macam Colorfy, Adult Coloring Book. 

At first aku rajin juga la guna sampai adik aku pun terjebak. Tapi sekarang dah bosan. Bila dah bosan, mulalah cari benda lain untuk dicuba lebih-lebih lagi bila masuk tahun baru ni semua orang dah mula pergi sekolah, pergi kerja, tinggal aku sorang kat rumah menunggu kemasukan degree. Kalau nak tahu, aku ni kalau kena tinggal sorang-sorang, memang rajin buat kerja. Kalau ada orang lain memang tak lah.

Untuk mengisi masa lapang tu, aku mula cuba buat projek-projek diy. Maka itu, terhasillah diy aku yang pertama yang aku cerita kat sini. Lepas tu nak continue lagi tapi bahan-bahan ada yang tak ada. So, aku start cari tentang lukisan-lukisan dalam app Colorfy tu and macam mana nak lukis. Rupanya senang je nak lukis.

Kalau nak aku ceritalah tentang doodle ni, kita cuma kena ada kertas and pen yang water-based or marker. Pen lain bukan tak boleh, cuma macam tak best. Aku ada try guna ballpoint-pen, dia terlalu licin. Kalau guna pensel pula kasar sangat. Pensel ni selalu untuk lakaran je. Doodle yang aku try buat ni aku buat free hand je. Takde lakar-lakar. Kalau ada silap, kita cover je balik and jadikan ia suatu seni. Simple. Tetiba teringat pula zaman sekolah menengah masa hias kelas. Hahaha. Kalau tampal kertas kat dinding dan kertas tu senget, diorang akan kata;
"Takpe. Senget itu seni" 

Tentang corak-corak dia tu kalau takde idea, google je. Aku pun sebelum ber'doodle' ni aku tengok dulu macam mana diorang buat kat youtube. Ambil inspirasi diorang. Pastu baru ada idea nak ber'doodle' sendiri. Hehe. Cuma satu je lah tak best nya. Nanti tangan kita sakit macam baru lepas karang essay berjela-jela. Tapi tak kisah. Hee.

Okaylah. Rasa dah panjang sangat dah aku merapu kat sini. Hahaha. Korang pun try la ber'doodle' juga. Hehe. Adios.