Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Friday, 8 January 2016

DIY Solid Perfume and Lip Balm





Assalamualaikum. 
Hari ni tetiba tergerak hati nak update tentang 1st diy yang aku baru buat hari tu which is solid perfume dengan lip balm. Diy ni super senang sebab bahan paling utama dia hanya bekas kosong and petroleum jelly/vaseline.


Solid perfume


Yang ini aku guna bekas krim muka mak aku yang warna putih kat gambar atas tu. Hoho. Cara-caranya mudah je:
1- Pastikan isi dalam bekas tu dah habis and of course korang kena basuh dulu and lap until kering.
2- Isi 1/3 bekas tu dengan vaseline guna q-tips or apa-apa je yang korang ada. (Aku guna batang aiskrim since ada aiskrim batang kat rumah. LOL)
3- Spray perfume favourite korang dalam 2-3 kali spray.
4- Ulang step 2 and 3 sampai korang rasa dah okay.
5- Ratakan cantik-cantik guna tisu basah or anything.
6- Letak dalam freezer dalam 5 minit camtu.
7- Dah siap and boleh guna. Tak sampai setengah jam pun buat.
8- Korang boleh decorate bekas tu. Aku just guna sharpie permanent marker and lukis huruf tu je. Simple.
Kalau letak lama dalam freezer tu takde apa pun sebenarnya. Memang dia beku tapi nanti dia okay balik cuma korang kena lap sikit la sebab ada wap air nanti. Faham ke? Kalau tak faham ce la try dulu and tengok apa jadi. Hehe. Ni aku bagi link video yang aku refer. Cara ni senang sebab tak perlu nak cairkan vaseline tu semua.


Lip Balm


Untuk lip balm ni aku guna bekas compact powder sebab tak perlu nak cairkan vaseline tu. Sebenarnya, kebanyakan video diy tu suruh cairkan dulu vaseline tu since diorang nak letak pewarna apa semua plus kalau dah cairkan, korang boleh isi dalam bekas apa-apa je macam bekas lipstik.
Since aku ni pemalas, aku cuma ambil vaseline tu, letak dalam bekas, ratakan, and freeze. Dah siap. Cara aku ni boleh dikatakan macam transfer vaseline tu ke dalam bekas yang lain. And of course it still a vaseline since aku tak letak benda-benda asing dalam tu. Hahaha. Tapi at least ada cermin. Kau ada? Takde kan. Haha.


Tu je lah nak cerita hari ni. Next time aku akan cuba buat diy yang lain and tunjuk kat korang okay. Adios.