Thursday, 19 November 2015

UiTM Kedah Tour Guide v2015


Assalamualaikum. 
Hari ini aku akan jadi tour guide untuk sesiapa yang akan menyambung pelajaran ke UiTM Merbok Kedah kampus Sungai Petani atau famous dengan nama UiTM Melbourne (ala-ala oversea gitu). Seperti yang diketahui (kalau tahulah) I am officially an ex-student of UiTM Kedah selepas keluarnya result final exam aku baru-baru ni. Alhamdulillah. Pointer okay tapi tak dapat ANC sebab kali ni aku tak dapat dean compared to sem sebelum-sebelum ni. Tapi takpe. ANC bukan segala-galanya kan. 

Back to the topic. Normal lah kan kalau kita nervous plus curious nak masuk U ni sebab macam-macam benda. Itulah inilah. Lagi-lagi kalau dapat yang jauh dari rumah. Macam akulah. Dari Selangor ke Kedah. Dan, untuk aku satisfy aku punya curiousity tu, aku akan cari info tentang U tu especially from blog-blog. Antara blog-blognya adalah 1, 2, 3. That's why aku pun nak buat macam diorang cuma kali ini versi 2015 punya sebab UiTM Kedah tu pun dah alami banyak perubahan. Tapi, aku tak lah guide semua benda. Hehe. So, lets get started.

p/s: gambar semua bukan aku punya. aku google je. so, credit to tuan empunya gambar. ^^

1-Peta kampus

Ni peta dalam UiTM Kedah. Bagi aku agak kecik juga lah uitm ni kalau nak dibandingkan dengan PALAM. Hoho. Tapi, peta ni rasa yang lama punya sebab sekarang ni dah ada penambahan. Lagi satu, laluan warna kelabu tu adalah laluan untuk kenderaan, so, ada je laluan untuk pejalan kaki antara bangunan-bangunan tu. Rasanya, lagi mudah kalau aku explain refer peta ni supaya korang lebih nampak.



2- Dewan Perdana

Dewan paling besar kat sini. Selalu digunakan sebagai examination hall. Minggu Destini Siswa (MDS) atau minggu orientasi untuk newcomers pun kat situ jugak. One thing yang aku tak suka tentang DP ni adalah kena jalan jauh. Lagi-lagi bagi siswi yang duduk kolej Murni 2. Kalau perasan, ada seat kat bahagian atas tapi aku tak pernah berpeluang duduk kat situ (kesian). Gambar atas tu gambar lama. Sekarang DP dah baru. Klik ni. Actually depan DP tu ada pintu masuk or gate yang kedua and kalau tak silap kat tepi DP tu pun ada laluan untuk terus ke gate utama melalui tangki air.


3- Pusat Pelajar

Dekat bangunan ni ada kafetaria, Dewan Seri Jerai, kedai buku dan surau.
  • Kafetaria Aku pernah makan sini sekali je. Tu pun masa sem1 or sem2 camtu. Tak berapa ingat. Masa tu lalat memang banyak kat sini. Sekarang ni, aku tak tahulah macam mana. Staf-staf UiTM selalu makan kat sini sebab dekat dengan Bangunan Pentadbiran, Bangunan TEC, bilik-bilik lecturer & Kabin.
  • Dewan Seri Jerai atau nama lamanya dewan mini. Selalu digunakan sebagai examination hall juga. Kecik je kalau nak dibanding dengan DP.
  • Kedai buku tempat students beli buku teks. Kalau takde stok, baru kami cari kat luar. Beli buku tu pun kalau diwajibkan je. Hoho.

4- Kelas

  • Bangunan Akademik 1 atau Blok TEC. Tingkat 1 kelas MK. Tingkat 2 kelas TEC. Tingkat 3 bilik lecturer. Dekat blok ni ada kiosk tempat students beli makanan ringan in between classess. Kalau jadual packed and aku malas makan makanan berat, aku akan beli makanan kat sini, itupun kalau aku berdekatan dengan kiosk ni.

  • Bangunan Akademik 2 atau Blok B. Belah kiri ada kelas B. Belah kanan ada kelas MK (makmal komputer), bilik lecturer (tingkat paling atas) and pejabat HEA (Hal Ehwal Akademik). Kebanyakan students suka kelas kat sini sebab lebih dekat compared to other buildings. Cuma aircond sometimes rosak and tak berapa sejuk unless kita duduk betul-betul bawah aircond. Hoho. Bahagian dalam bangunan ni pula ada 4 pondok untuk students rehat. Tapi boleh je nak lepak kat kaki-kaki lima tu. Sekarang ni, ada dah kiosk baru kat blok ni, so tak payah susah-susah nak berjalan ke kiosk kat blok tec tu. Tapi tengahari selalu makanan dah nak habis. Kat blok ni pun ada surau cuma lagi kecik dari surau kat bangunan pusat pelajar tu and lagi sejuk. 

  • Dewan Sarjana (DS) ni dekat blok B juga. Ada 2 je. Dalam tu memang besar tapi aku tak berapa suka kalau kelas kat sini sebab keluasan meja yang limited. Kalau takde alat-alat tulis yang jatuh memang tak sah.



  • Bangunan Akademik 3 atau Blok C. Kelas kat sini okay and aircond dia lagi sejuk. Tapi ada kelas yang aircond dia kadang-kadang rosak, macam kelas C1. Kat sini pun ada bilik lecturer.
  • Kabin kelas yang paling jauh bagi aku. Memang tak suka kelas kat sini tapi student wifi kat sini laju and tandas dia cantik plus aircond kat kelas ni memang sejuk.
  • Bangunan Pentadbiran kalau korang dapat kelas macam P1 or P2, kelas dia kat bangunan ni and kat tingkat atas.

5- Pusat Islam (PI)

Berhampiran dengan DP. Bukan masjid tapi dibolehkan untuk buat solat jumaat. PI sekarang dah upgrade. Cat baru, ada aircond and sliding door. Aku selalu pergi sini kalau malas nak balik bilik in between classes lebih-lebih lagi bilik aku tu kat kolej murni tingkat 4. Students pun selalu lepak sini time final exam kalau ada paper lepas zuhur kat DP sebab tak nak rush. Satu je benda yang aku nak complain. Harap ruang solat muslimah lebih tertutup sebab sliding door tu lut sinar. So, maybe letak langsir ke. Hee. 


6- Kolej Penginapan

  • Kolej Malinja satu-satunya kolej siswa. Kolej yang aku rasa paling cantik dari luaran. Dalaman dia tak tahulah macam mana. Aku pernah je pergi sini sebab kat sini pun ada kelas juga (BK1 and BK2). Aku ada dengar-dengar kolej ni akan dikosongkan untuk renovate. So, siswa maybe stay kat salah satu kolej siswi. Tapi tak tahulah betul dak. Siswa untung sebab kolej dekat dengan kelas. Ada laluan berbumbung sebelah library yang menghubungkan siswa dengan bangunan-bangunan akademik. So, memang tak perlu nak bawa payung kalau hujan pun.
  • Kolej Mahsuri (F) kolej kedua terdekat dengan kelas. Ada 4 blok. Kat tingkat bawah ada tempat sidai baju, tempat lepak, mesin basuh and kedai mini (pangkalan iman). Aku tak familiar sangat dengan bilik kat kolej ni since aku tak pernah stay sini. Kolej ni mostly untuk students baru.
  • Kolej Masria (M) tempat penginapan first aku kat sini. Ada 4 blok juga. Masa sem1 bilik aku kat M1, bilik 4 orang. Sem2 pula kat M3, bilik 2 orang. Dua-dua tu kat tingkat empat which is the highest. Bilik 2 orang okay lagi. Bilik 4 orang tu agak sempit. Almari baju dia lagi besar compared to almari kat murni. Kolej ni pun mostly untuk students baru. Kat tingkat bawah ada mesin basuh, tempat sidai baju and ada kedai mini kat M2. 
  • Kolej Murni (MR) kolej yang paling baru dan paling jauh dari kelas. Ada dua blok je. Aku stay kat MR1 tingkat 4 dari sem3 sampai sem5. Btw, bilik tu aku yang pilih sendiri and actually boleh je tukar bilik cuma aku malas nak mengisi borang pertukaran tu. Hehe. Kat sini ada bilik 2 orang and 4 orang. Bilik 4 orang tu memang besar tapi panas sebab kipas satu je. So dinasihatkan bawa kipas lebih ye. Bilik 2 orang pula tak la besar pun tapi sejuk. Tapi tu pun maybe tengok jugaklah bilik korang kat mana. Tempat sidai baju kat depan bilik je tapi bilik kat tengah and penjuru takde tempat penyidai. So, sila bawa penyidai sendiri. Sebelum tu nak bagitau, kat kolej murni ni especially MR1, lepas pukul 6 akan ada banyak burung berterbangan. So, tahi burung memang banyak. Yang dapat tingkat bawah tu harap hati-hati dan jangan lupa angkat kain baju kalau tak nak terkena tahi burung. 

7- Port Makan

Ada Dewan Makan (DM) Malinja, DM Masria, DM Murni, Foodcourt and MASMED. For DM, boleh je campur siswa and siswi masuk tapi ada masa-masa dia. DM ni setiap hari open. Foodcourt pula akan tutup hari Jumaat and Sabtu. MASMED aku tak sure. Kalau bosan dengan makanan kat dalam UiTM ni, ada je kedai makan kat luar. Dekat pula tu. Depan pagar utama tu je. Sebelah kedai-kedai makan tu pula ada tempat teksi and sewa kereta. Masa bulan Ramadhan pula, kadang-kadang ada student yang buat delivery makanan untuk sahur and berbuka. Agak-agak malas turun tu, bolehlah call delivery. Tapi setakat ni murni je yang aku tahu. Kolej lain aku tak sure.

  • DM Malinja tempat makan siswa. Tak tahulah makanan dia macam mana since aku tak pernah makan sini and tak nak masuk pun sebenarnya. Haha.
  • DM Masria tempat makan siswi yang stay kat Masria and Mahsuri. Kalau tengok peta, bangunan warna hijau yang ada tanda pangkah tu. Sekarang ni dia dah tukar owner, so aku tak tahu lah makanan diorang macam mana sebab tak pernah try. 
  • DM Murni tempat makan siswi yang stay murni. Kalau tengok map, yang kat tengah-tengah tu. Makanan and harga dia boleh tahan gak la selama 3 sem aku makan sini.   

  • Foodcourt port siswa siswi study-date. Kat sini ada kedai fotostat, cyber cafe, 2 kedai ice blend, kedai mini, kedai makan and surau.
  • MASMED ni port makan yang baru buka awal tahun 2015. Tapi lepas pertengahan tahun ni, aku tengok tutup je. Kat sini memang ada macam-macam pilihan makanan. MASMED ni takde dalam peta lagi tapi based on peta, dia terletak di sebelah kiri DM Malinja.

8- Tempat Parking Kenderaan

Kalau korang zoom in map tu, yang ada garis-garis macam pembaris tu tempat parking. Tapi bukan tu je. Dekat sekeliling PI and belah kiri foodcourt ada gak parking. Parking foodcourt tu selalu dijadikan tempat untuk festival or karnival jualan. Setiap sem memang akan diadakan beberapa karnival. Siapa yang kaki shopping tu boleh la beli barang kat situ since harga pun memang okay. Aku pun banyak berhabis duit kat karnival-karnival tu. Hoho. 


9- Tasik


Ada dua tasik. Kita boleh berkayak kat Tasik Merbok sebelah pagar utama tu. Tasik Merak dekat foodcourt tu port student lepak-lepak. Kadang-kadang ada gak aktiviti-aktiviti yang dibuat kat situ macam memanah. Dengar kata ada biawak kat situ. Tak tahulah betul dak. Aku tak pernah lepak situ langsung. Haha.




Tu je lah kot nak cerita. Actually, ada banyak lagi nak cerita tapi tak larat dah. Hahaha. Kalau nak tahu yang lain-lain, bolehlah klik dekat link-link yang aku bagi kat atas tu. Takpun, Mr Google kan ada. Search je situ. Hehe. Okaylah. Sekian.


No comments: