Monday, 11 November 2013

Contoh Karangan Bahasa Arab dan Terjemahannya 3


Tempat-tempat kosong di bawah boleh diisi dengan salah satu daripada perkataan-perkataan ini. Setelah itu, ubahlah mengikut kesesuaian:
1- merokok / التدخين
2- dadah / المُخدِّرات
3- keruntuhan akhlak / انحِلال الخُلُق
4- lari dari rumah / الهروب من البيت
5- ponteng kelas dan sekolah / التَّغيُّبِ من الفصل أو المدرسة
6- derhaka kepada ibu bapa / عقوق الوالدين
7- tidak menghormati guru / عدم احترام المدرسين
8- melepak / التَّسَكُّعِ

مشكلة ........... أسبابها وكَيفيَّة علاجها

نعيش الآن في عصر التقدم والحضارة لأننا في رحاب تطلعات 2020. ونحن نبذل كل اهتمامنا وجهودنا نحو تحقيق هذا الهدف المنشود. ومع ذلك نواجه بعض العراقيل والمشقات منها مشكلة ____ التي تعطل كل الجهود المبذولة للوصول إلى هذا الهدف.

إنَّ ظاهرة ____ أسبابها كثيرة وعديدة منها قلة العلم، وقلة التربية الإسلامية، وقلة اهتمام الوالدين، وفشل المجتمع والحكومة قي القيام بدورهم وغير ذلك. وكل هذه الأسباب إن لم نعالجها ستؤدي إلى الضرر في الدولة والمجتمع.

السبب الأول للمشكلة ____ أن يكون الشخص قليل العلم، وقليل التربية الإسلامية، ولذلك، فعلى الآباء والأمهات أن يعطوا أبنائهم التربية الإسلامية الكافية. فالأب مسؤوليتة هي تربية اللأبناء منذ كانوا صغارا. فقد قال الرسول : كل مولود يولد على الفطرة. صدق رسول الله وكذلك على المدارس أن تقوم بدورها في تربية الطلبة تربية صحيحة.

السبب الثاني هو قلة الإهتمام من الوالدين. ولذلك، يجب على الوالدين أن يهتموا بأبنائهم، اليوم نحن نرى أنَّ كثيرا من الآباء مشغولون بأعمالهم في خارج البيت. ولا يقضون أوقاتا مع أبنائهم إلا القليل، وهذا بدوره يؤدي إلى الملل لدى الأبناء ويسبب مشكلة ____.

السبب الثالث هو دور المجتمع والحكومة في حلِّ هذه المشكلة، على الحكومة أن تضع القوانين المناسبة حتى يبتعد المجتمع عن مثل هذه المشكلة، وكذلك على المجتمع أن يقوم بدور كبير في نصيحتهم وتذكيرهم وهدايتهم نحو سبيل الرشاد.

وخلاصة القول، لمعالجة مشكلة ____ نحتاج إلى مشاركة جميع أفراد الشعب. وما دام الشعب لا يقوم بدوره، فإنَّنا لن نستطيع أن نعالج هذه المشكلة أبدًا.



MASALAH .......... PUNCA-PUNCANYA DAN CARA MENGATASINYA

Kita hidup sekarang ini di dalam zaman moden dan bertamadun kerana kita berada di ambang wawasan 2020. Kita mengusahakan seluruh tenaga ke arah merealisasikan objektif yang dicitakan ini. Namun begitu, kita menghadapi beberapa halangan dan kesukaran antaranya masalah _____ yang membantutkan segala usaha yang digembeling untuk mencapai kepadanya.

Sesungguhnya fenomena _____ puncanya adalah banyak dan pelbagai antaranya kurangnya ilmu, kurangnya pendidikan agama, kurangnya perhatian daripada ibu bapa serta kegagalan masyarakat dan kerajaan di dalam memainkan peranan mereka dan sebagainya. 

Punca pertama menyebabkan masalah _____ ini adalah kurang ilmu dan kurangnya didikan agama. Oleh itu, wajib bagi para ibu dan bapa untuk memberikan pendidikan agama yang mencukupi kepada anak-anak mereka. Tanggungjawab ibu dan bapa adalah untuk mendidik mereka sejak mereka masih kecil. Rasulullah bersabda "Setiap anak yang dilahirkan, dilahirkan dalam keadaan fitrah(suci/bersih daripada dosa).

Punca yang kedua adalah kurangnya perhatian daripada ibu dan bapa. Oleh yang demikian, kewajipan ibu dan bapa untuk mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Hari ini kita melihat kebanyakan ibu bapa sibuk dengan tugas mereka. Mereka langsung tidak mengambil masa untuk bersama dengan anak-anak mereka. Ini sekaligus membawa kepada perasaan jemu di hati anak-anak mereka lalu menyebabkan berlakunya masalah _____.

Punca yang ketiga adalah peranan masyarakat dan kerajaan di dalam membendung masalah ini. Kewajipan kerajaan adalah untuk menggubal undang-undang yang sesuai supaya masyarakat menjauhkan diri daripada masalah ini. Begitu jugalah masyarakat perlu memainkan peranan yang tidak sedikit di dalam mendidik mereka dan mengingatkan mereka menuju ke jalan yang gemilang.

Penutup bicara, untuk mengatasi masalah _____ kita memerlukan kepada penyertaan seluruh individu. Selagi mana bangsa ini tidak memahami tanggungjawab mereka, kita tak mungkin dapat menyelesaikan masalah ini selamanya.



2 comments:

Anonymous said...

Syukran. Info yg berguna. Harap dgt kongsikan byk lg contoh2 karangan. :)

Anonymous said...

Syukran Ala kulli hal :)