Friday, 8 February 2013

Tips ke Luar Negara

when you come home after school...^^

Tips ke Luar Negara (Khusus untuk Pelajar Malaysia)

1- Pastikan tarikh pasport masih sah. Kita tidak mahu ditahan di imigresen kerana pasport tamat tempoh.

2- Jaga kesihatan. Pastikan ada insurans kerana kos perubatan di negara seperti Amerika sangat mahal.

3- Jangan lupa bawa minyak angin. Ia sangat membantu semasa mengalami mabuk udara.

4- Pastikan memakai losen selepas mandi dan sebelum keluar rumah pada musim sejuk. Ia membantu mengelak kulit daripada menjadi kering dan gatal.

5- Pakai pelembap bibir ke mana-mana sahaja pada musim sejuk. Ia sangat membantu bagi mengelakkan bibir daripada menjadi kering dan mengelupas.

6- Jangan pakai kasut bertapak plastic semasa berjalan di atas permukaan yang sudah diselaputi ais. Licin! Nanti jatuh, sakit!

7- Belajar berkenaan kemudahan pengangkutan awam di tempat belajar. Pastikan jadual bas supaya tidak terlewat ke universiti.

8- Berhati-hati apabila hendak memilih makanan. Periksa ramuannya terlebih dahulu. Maklum sahaja, kita perlu pastikan makanan itu halal dimakan.

9-  Perlu pastikan lokasi pejabat kedutaan Malaysia di tempat anda berada supaya mudah berurusan sekiranya berlaku apa-apa kesulitan.

10- Simpan semua nombor telefon dan alamat e-mel orang yang berkenaan. Ia sangat berguna semasa berlakunya kecemasan.

11- ‘Culture Shock’! Jangan mudah terpengaruh. Kita perlu kekalkan budaya hidup sebagai orang Melayu yang beragama Islam.[for Malay Muslim only]


credit to: Farihah Iskandar (novelis)

No comments: