Friday, 8 February 2013

Petua Dari Kak Yayah




Petua dari Kak Yayah

1- Bibir Merah
 Amalkan menyapu sedikit mentega ataupun marjerin pada bibir setiap malam sebelum tidur.

2- Merawat Jerawat
Amalkan menyapu ke muka bedak sejuk yang dicampur dengan madu setiap hari.

3- Muka Licin dan Halus
Buah tomato dikisar dan disapukan ke muka pada waktu pagi dan malam. Selepas itu, muka dicuci dengan air suam.

4- Penjagaan Kulit Muka
Cuci muka dengan air suam. Kemudian disapu limau nipis. Bilas muka sekali lagi. Amalkan sekali sehari.

5- Awet Muda
Minum tiga gelas air masak sebelum membasuh muka. Amalkan setiap pagi sebaik bangun daripada tidur.

6- Merawat Kelemumur
Perah air limau nipis/purut dan lumurkan rata-rata di atas kulit kepala. Tutup rambut dengan tuala dan biarkan beberapa jam. Kemudian bilas dengan air suam.

7- Menurunkan Berat Badan
Tiga sudu besar the Cina direndam di dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan minum sebelum sarapan dan sebelum tidur.

8- Putihkan Kuku
Lumurkan kuku dengan minyak kelapa. Cuci hingga bersih. Selepas itu lumurkan kuku dengan limau nipis.

9- Melangsingkan Badan
Parut dua biji lobak merah dan sebiji timun. Perah airnya. Campur dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Amalkan minum dua kali sehari.

10- Masalah Haid
Amalkan minum air teh yang dicampur sedikit kapur sirih.



Credit to: Farihah Iskandar (novelis)

No comments: