Tuesday, 5 February 2013

Mutiara Kata #3




Persahabatan tak menarik kalau hati tak tertarik…
Persahabatan tak terbayang kalau hati tak sayang…
Persahabatan tak syahdu kalau hati tak rindu…
Persahabatan takde ‘class’ kalau hati tak ikhlas…

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

Apabila sempurna akal, kurang perkataan.

Sayangi detik pertemuan kerana di situ terletaknya kemesraan…
Kenangi detik perpisahan kerana di situ terciptanya kerinduan…

Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.

Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
Berjumpa dirimu ibarat satu mimpi yang indah…
Kehilanganmu ibarat mimpi yang terburuk…
Jadi, sama-samalah kita pelihara persahabatan ini…

Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.

Persahabatan ibarat satu janji yang dibuat dalam hati…
Tak dapat ditulis, tak dapat dibaca, namun tak akan terpisah kerana jarak…

Sekali wanita tergoda, gugurlah sekuntum wardah di syurga…
Tapi sekali wanita ternoda, berdekah-dekahlah syaitan di neraka…

Ingatlah…
Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.

Agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh.

Yang tertulis di hati adalah namamu…
Yang terlukis di mata adalah senyumanmu…
Yang bergema tiap-tiap waktu, suaramu yang tak pernah hilang rindu padamu…
Yang kekal di ingatan hanya dirimu…

Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.

Ku tulis namamu di langit, hilang ditiup angin…
Ku tulis namamu di atas pasir, hilang dipukul ombak… tapi
Ku tulis namamu di hatiku, ia kekal untuk selamanya…

Feeling sad? Call me…
Feeling lonely? SMS me…
Feeling bored? Think of me…
Feeling sleepy? Dream of me…
Feeling hungry? Boil some mee…

Friends are like money, easier made than kept.

A friend is like a seatbelt, you may not always need them, but they will be there just in case.

Cinta tak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi… tapi
Ia mengajar kita menerima sesuatu seadanya…

KASIH, SAYANG dan CINTA adalah tiga perkara berbeza. Ketiga-tiganya akan menjadi lebih bermakna apabila disatukan.

Kebahagiaan terletak pada kemenangan melawan hawa nafsu dari kehendaknya yang berlebihan.



credit to: anyonewhocreatethosequotes

No comments: