Thursday, 14 February 2013

Contoh Karangan Bahasa Arab dan Terjemahannya 1 (Solat dan Kesannya)


.الصلاة وآثارها في حياة المسلم

لا شك ولا ريب أن الصلاة ركن من أركان الاسلام وهي تلعب دورا مهما في حياة المسلم. الصلاة عماد الدين, من أقامها فقد أقام الدين

وجدير بالذكر أن الصلاة رمز لعبودية العبد الى ربه. وهي وسيلة التقرب الى الله والمسلم الذي يقام الصلاة يضع وجهه الكريم على الأرض طاعة له. القلب الذي يطيع يدوم على طاعته يحي لا يموت ولا يغفل. والصلاة أيضا تزكي النفوس وتطهرها من الذنوب والمعاصي. قال الله تعالى: ان الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر

ومن المعلوم لدينا أن الصلاة تهذبنا على احترام الأوقات والقوانين والشروط المعينة. الصلوات الخمسة لها أوقات خاصة وعلى سبيل المثال صلاة الصبح, فوقتها من طلوع الفجر الى شروق الشمس, فلا تصح صلاة الصبح في وقت الظهر

واضافة الى هذا, أن الصلاة تربي المسلم الاهتمام على النظافة. النظافة من الايمان. ولها أيضا حكم وأسرار لا تعد ولا تحصى, وعلى سبيل المثال صلاة الجماعة. سينبت روح التعاون في نفوس المسلمين لكثرة مقابلتهم بينهم

وفي الحقيقة أن الصلاة تربي المسلم أن تغرس الصفات المحمودة في نفوسهم. ومن الصفات المحمودة الاخلاص والصبر وهلم جرا. والصلاة تربينا هذه الصفات

وحلاصة القول, لا نبالغ في القول اذا قلنا ان الصلاة تلعب دورا مهما في حياتنا وهي فريضة على كل مسلم 



SOLAT DAN KESANNYA DALAM KEHIDUPAN MUSLIM

Tidak dapat dinafikan bahawa solat merupakan salah satu daripada rukun Islam. Ia memainkan peranan penting dalam kehidupan muslim. Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agamanya.

Patut dinyatakan bahawa solat adalah lambing penghambaan hamba terhadap Tuhannya. Ia juga adalah jalan kea rah mendekatkan diri kepada Allah. Orang Islam yang mendirikan solat akan meletakkan wajahnya yang mulia di atas bumi kerana mentaati-Nya. Hati yang sentiasa mentaati Allah dan mengingati-Nya akan sentiasa hidup, tidak mati dan tidak lupa. Ia juga membersihkan jiwa manusia dan menyucikannya daripada dosa dan maksiat. Allah berfirman maksudnya, “Sesungguhnya solat itu mencegah dari kejahatan dan kemungkaran”.

Kita sedia maklum bahawa solat mendidik kita agar menghormati masa, peraturan dan syarat-syarat tertentu. Solat lima waktu mempunyai masa-masa tertentu, sebagai contohnya solat subuh, waktunya dari terbit fajar hingga syuruq matahari, maka tidak sah solat subuh pada waktu zohor.

Di samping itu, solat mendidik orang Islam agar mengambil berat tentang kebersihan. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Solat juga mempunyai hikmat-hikmat dan rahsia-rahsia yang tidak terhitung dan tidak terkira, contohnya solat berjemaah. Semangat kerjasama akan tumbuh di dalam jiwa orang-orang Islam kerana kerap bertemu sesame mereka.

Sebenarnya, solat juga mendidik orang Islam agar menanam sifat-sifat mulia di dalam jiwa mereka. Di antara sifat-sifat terpuji adalah ikhlas, amanah dan sabar dan sebagainya. Ibadat solat mengajar kita semua sifat itu.

Kesimpulannya, tidak keterlaluan kalau kita katakan bahawa solat memainkan peranan penting dalam kehidupan kita dan ia merupakan satu kewajipan ke atas setiap orang muslim.

p/s: maaf kalau tanda bacaannya tak berapa betul.
p/s: kalau tak boleh nak copy, highlight pastu tekan ctrl + c.

2 comments:

Meura Fiznie Airah said...

Assalamualaikum , saya copy insya nie yea . Syukran atas perkongsian . DOne follow blog awak ^^,

aieyn zulaiyka said...

Minta kbnrn utk copy