Saturday, 19 January 2013

Mutiara Kata #1




"Bajailah hatimu dengan kerinduan pada Allah, sirami usiamu dengan semangat juang yang penuh berani, Pahatkan di dadamu matlamat mencapai kejayaan Islam, cinta-Nya pasti hadir."

"Hargai apabila berdua, sayangi apabila bersama, maafkan apabila terluka, rindu apabila jauh di sana, fahami apabila berprasangka, ingat saban ketika, kerana Allah kasih tercipta."

"Semalam kita jadi kawan kerana kenangan silam.
Hari ini kita masih berkawan kerana janji semalam.
Esok kita terus berkawan kerana hari ini kita saling mendoakan.
Hari-hari kemudian kita terus berkawan kerana esok kita ada azam.
Andai esok tiada lagi, kita tetap kawan...kawan selamanya dalam kenangan."

"Hati itu umpama kaca, jangan biar ia retak. Akal itu umpama air, jangan biar ia kering. Iman itu umpama debu, jangan biar ia hilang. Persahabatan itu umpama tali, jangan biar ia putus."

"Kadang-kadang kita tak sedar, orang yang kita tak peduli sayang pada kita.
Kadang-kadang kita tak sedar, kita terlampau sayang pada seseorang sedangkan dia selalu sakitkan hati kita.
Dan kita tak pernah sedar, kita bukannya sempurna untuk mendapatkan seseorang yang sangat sempurna dalam hidup kita.
Dan kita bukan sesiapa untuk membuat orang menyayangi kita seperti kita sayang padanya. Sebab kita cuma manusia biasa."


credit to: all my friends ^^

No comments: