Friday, 25 January 2013

Madah Pujangga Tajam Menikam #2




10 SENARAI SEMAK SEBELUM KELUAR RUMAH
oleh: Ahmad Fedtri Yahya (Selebriti MHI/TV3)

1- Tak ada anggota badan yang terdedah. Nanti lalat hurung.
2- Pakaian bersih. Senang nak solat nanti. Sudah muak dengan alasan 'pakaian tak bersih'.
3- Doa banyak-banyak. Jangan keluar macam ayam keluar reban sahaja.
4- Bermanis wajah. Jangan mencuka. Senyum itu sedekah.
5- Peralatan elektrik dipadamkan jika tiada orang di rumah. Jangan membazir. Membazir itu amalan syaitan.
6- Jelas arah tujuan. Jangan keluar dengan niat merayau.
7- Jika niat melakukan maksiat, baik tahan diri jangan keluar.
8- Kuatkan semangat untuk tahan pandangan. Mata jangan liar. Mata liar, hati tercemar.
9- Ada wang secukupnya. Jangan merempat dan mengemis di tengah jalan.
10- Minta izin daripada yang sepatutnya. Jangan keluar tanpa izin. Takut yang tak diingini terjadi. Lebih baik keluar dengan restu dan doa daripada insan yang disayangi.


credit:komikislamik-kembaraustaz(jilid2)

No comments: